CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 23, 2010

Lelaki oh Lelaki...kadang2 kamu sangat menyakitkan hati!!!

Pernahkah kamu jumpa lelaki yang muka sangat2 tebal dan sangat2 innocent?? Setelah dia lukai hati kamu, dia hadir kembali dalam hidup kamu tanpa rasa bersalah, meminta diberi peluang untuk kali kedua. Demi menunjukkan kesungguhannya, dia telah melamar kamu untuk dijadikan suri hidupnya. Melihat kesungguhannya kamu memberi peluang kedua dan menerima dia kembali dalam hidup kamu, dan kamu juga bersetuju untuk menjadi suri hidupnya. Setelah peluang kedua diberikan, untuk kesekian kalinya hati kamu disakiti dan dikecewakan lagi. Bla...bla...bla...dia terangkan sebab2 dia bertindak begitu yang kamu rasakan itu hanyalah 1001 alasan semata2. Mendengar alasannya, membuatkan kamu terpikir. Adakah dia terlalu bodoh kerana memberikan alasan sedemikian. Tidakkah dia telah pikir semua perkara2 tersebut sebelum dia melamar kamu. Ya...itu hanya lah alasan bodoh semata2. Alasan untuk melepaskan diri dan menunjukkan dirinya tidak bersalah. Oohhh lelaki...tolonglah jangan buat muka innocent. Adakah kamu pikir kamu sangat cute dan sweet dengan memberikan alasan innocent yang amat!!!

Akhirnya, dengan sikap yang giler punya pentingkan diri, si innocent tadi memberitahu kamu yang sebenarnya dia juga ada calon lain. Dia juga sudah melamar calon yang dia rasa sangat2 perfect dan sangat2 masuk dengan jiwa dia. Hai si innocent, kamu pkir kamu siapa dan adakah kamu rasa diri kamu sudah cukup hebat untuk mempermaikan perasaan orang sesuka hati kamu??? Tapi takpe, kamu mesti tahukan yang dunia ini berbentuk sphere.

Setelah sekian lama, tetiba kamu mendapat tahu hubungan dia dengan calon lain dia itu tidak menjadi. Pada ketika itu kamu meminta maaf pada diri sendiri sebab kamu tidak boleh berhenti daripada tersenyum dan berasa gembira. Pada ketika itu juga kamu rasakan yang kamu ingin ucapkan pada dia...hai si innocent, sesungguhnya karma itu wujud dan ianya sangatlah indah...dan sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu makbul??Tahukah kamu??Mesti kamu tahu kan...kan...???

Setelah kamu hampir2 melupakan dia, si-muka-tebal-dan-pentingkan-diri-sendiri ini kembali menghubungi kamu. Untuk apakah??? Adakah sebab frust hubungan dengan calon lainnya itu tidak menjadi, dia kembali mencari kamu??? Pada saat2 ini kamu begitu berharap diberi satu kuasa magic yang membolehkan kamu baca kepala otak dia. Tetapi itu hanya wujud dalam kisah dongeng semata2. Kamu tidak mahu lagi terus bermimpi dengan mimpi2 indah persis sebuah cerita dongeng cinderella dimana muncul si pari2 untuk menolong kamu.

Kamu pikirkan dia menghubungi kamu kerana ingin meminta maaf dan menyatakan penyesalan kerana perbuatannya. Dan tunjukkan rasa malu kepada kamu kerana telah menyakiti hati kamu berlipat ganda. Tetapi sekali lagi kamu terkejut. Sungguh tidak kamu sangka dan tidak pernah kamu bayangkan yang muka dia betol2 tersangatlah tebal. Dengan slamber dan cool, seolah2 tidak pernah berlaku apa2 antara kamu, tanpa kata2 maaf, tanpa kata2 penyesalan, dia bertegur sapa dengan kamu dengan sangat ramah. Siap bertanya khabar bagai. Bila kamu tanya kenapa dia menghubungi kamu, ada benda penting ke...untuk kesekian kalinya kamu terkejut lagi. Sesungguhnya dia memang makhluk yang tak paham bahasa. Masih menjawab dengan slamber dan sangat innocent. Kemudian siap cakap lagi kepada kamu supaya mendoakan dia berjaya dalam kehidupan. Apakah??? Ketahuilah, kamu langsung tidak cool dan tidak comel bila bersikap innocent yang amat sebegitu.

Jadi anda2 sekalian, pernahkah anda jumpa dengan lelaki sebegini??? Aku?? jangan ditanya sebab aku tidak akan pernah menjawabnya...

sekian entry yang agak beremosi!!




Nota paling bawah:

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Tapi kalo ada lelaki yang nak terasa, silalah terasa diam2 n senyap2. Muhasabah diri banyak2. Jangan nak kecoh2 kat aku.

8 comments:

Acik As said...

kadang-kadang perempuan pun same...akukah itu pada satu masa dulu??...oh bukan2...xp

Just Being Me... said...

hehehee...kamu tergolong dalam golongan innocent jugak???owh..tidak222...!!

Acik As said...

kepura-puraan menyelubungiku...walauku cuba untuk menjadi diri sendiri...ia tak menjadi...adeih....penat...xp

Gurauankah ini??...

wah...wah ayat sastera dalam novel ni..

Anonymous said...

ayat novel...huhu

Just Being Me... said...

acik : sejak bila baca novel sastera ni??? :D

Acik As said...

untuk pengetahuan mimi saya pelajar sastera selama 4 tahun di universiti kelantan...saya dah jadi setaraf dengan cikgu saya dah...xp

mimi....hari ni saya jumpa laki innocent...huhuhu...sedih saya...sian jugak kat ppuan tuh...sian jugak kat saya...huaaaa...sebab tersepit kepala...x(
dah tak larat pk...menangis pun tak mampu gak...lastly gelak sorang-sorang... hahaha...sy x giler lagi..x)

Just Being Me... said...

waaa...sejak bla acik msuk UMK??

huhuhu...ye ke??sape kah laki innocent itu??tp acik dlu pn prmpuan innocent kan??kan??ehehehe...jgn mare~

BeYuti said...

huh...gle rr mie...ado lg ko ore gtu loni...ego sgguh...huhu

smoge Allah memberi petunjuk yg benar pd semua yg begitu...amin..termasuklah kite2 sume...ujianNya di mana-mana..;)