CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 23, 2010

Kejadian 'paling' Sweet telah menjadi ....

Pada entry yang lepas aku ada mention tentang dua orang member yang telah belanja aku. Proses untuk belanja itu berlaku dengan sangat senang dan smooth. Untuk yang member 1, dia msg je tanya bila aku free, aku bagitau aku free pada sekian-sekian, set time, terus jadi. Untuk kes dengan member 2 jugak sama. Aku g bilik dia malam tu. Dia cakap meh la esok aku blnja ko. Set2 masa sume, terus jadi. Proses untuk pergi dengan dua orang membe yang nak belanja aku tu pun tak banyak halangan. Start moto, gerak terus sampai tempat yang nak di tuju.

Tapi bila aku nak belanja orang. Lain pulak jadinya. Banyak betul cabaran dan halangan. Peristiwa yang aku anggap sangat sweet pada mulanya berakhir dengan benda yang sangat2 tidak sweet sampaikan aku dah hilang mood nak citer dalam blog ni. Dah tak teruja.

Aku : bokbek..bokbek…duk bercerita. Tetiba kuar pasal satu topic.
Aku : weh, ko tau tak bnda sweet tu duk kat ***** ******* skarang.
Y : owh yeke. Tempat aku dulu tu. Masa aku keje dulu aku duk c2 la. Nasi kukus kt c2 besttt.
Aku : ye ke weh. Huhuhu…nape ko xcakap awal2.

………………………………………

Y : Nanti jangan lupa belanja aku…
Aku : Nanti duit GRA aku masuk la aku blanja ye. Nasi kukus nak???
Y : Nasi kukus…hehehe..ada makna tu..beress..masuk nanti roger aku..

………………………………………

Y : Nasi kukus dituntut. Masih menanti saatnya. Hahahaha…
Aku : Bole2. Bila ko nak bawak aku g c2?
Y : Petang ahad ni ok?
Aku : Ok. Nak g ngan pe?
Y : Ngan moto la. Nanti aku roger k.

……………………………………………

Kitaorang janji nak g ari ahad, lepas asar. Membe aku kata dalam kol 5 dia gerak dari umah dia. Aku sangat2 hepi sebabnya fist, aku leh tengok tempat yang ada benda sweet and second, sambil tengok2 tempat sweet, aku leh kenyangkan perut aku dengan nasi kukus…weeeeeeeeeEEEE…. Hepi ok!!

Membe aku gerak dari upm kol 5 lebih. Dalam kol 5:20 sampai kat kawasan umah aku. tuppp…tupp… hujaannnnnnNNNNN….awan gelap xyah duk cakap la. Bincang punya bincang, ktaorg decide nak redah je. Maybe kat kawasan umah aku je kot yang hujan..huhu…masih mau sedapkan hati…

Membe aku kuarkan baju hujan dia. Dia pakai. Jalan tak sampai 100m, hujan makin lebat. Pastu aku suh brenti kat umah aku dulu. Tunggu bagi dia reda sket baru jalan. Dalam kol 6:40 ptg, hujan mulai renyai2. Dengan semangat yang membara, ktaorg kuar untuk meredahnya. Semangat nasi kukus tu~ tapi aku semangat dengan tempat sweet~~ehehehe…

Redah punya redah, sepanjang jalan tu memang hujan tak brenti2. Sepanjang perjalanan lebih kurang 45min, sepanjang 45min tu la kami bermandikan air hujan. Keinginan punya pasal, walaupun baju habis basah, dengan sluar, kasut, beg sume lencun, tapi senyuman tetap terukir dengan lebarnya. Memang kerja gila. Ntah aku kena rasuk ngan apa ntah aritu. Kawan aku siap cakap lagi, ini adalah pengalaman paling sweet. Hahahahaaa…kamu sangat sporting la memenuhi keinginan aku~ Dugaan betol. Biasala, Allah takkan berikan kita sesuatu tanpa kta usaha…kan…kan??

Sampai2 je sana, dah maghrib. Parking moto, g cari surau. Sambil2 nak cari surau,

Y : Hah, tengok la puas2. Ni la tempat benda sweet tu ada.
Y : Ha…ni la blok aku duduk dulu. Benda sweet tu duk blok mana??
Aku : Blok *, level ** (ecececeee…nasib baik aku tak bagi alamat lengkap…ehehehe…)

Sampai je kat surau, pintu yang sebelah prempuan tu xleh nak buka. Dikunci dari dalam. Terkial2 n terkinja2 ktaorg kat luar duk usaha nak buka pintu tu. Last2 masa jemaah lelaki dah start solat, ktaorg masuk ikut pintu depan. Bila masuk, aku try la nak buka pintu tu. Nanti senang ktaorg nak kuar. Xyah la lalu ikut pintu depan yang sememangnya berada di sebelah kawasan lelaki. Aku ingatkan hanya tombol pintu je yang lock, skali siap atas bwah sume ada selak. Adoyaiii…surau diselak bagai nak rak. Lepas solat maghrib, snap2 gambar kat dalam surau. Kononnya sebagai kenangan la. kenangan disurau tempat sweet… Kuar je dari surau,

Y : Kalo benda sweet tu masih lagi baik macam dulu, mesti dah boleh jumpa dia kat surau ni.
Aku : Sebab aku tak da la dia jadi tak baik tu. Hahahahhaaaa…

Perutku dah berdondang sayang. Kami jalan dengan penuh pengharapan untuk mencari nasi kukus. Tengok kat tempat dia biasa berniaga, kosong. Tak puas hati. g tengok kat seberang jalan. Cari di sepanjang jalan. Tetap tidak ada. Harapan dah makin pudar. Tapi masih terus berharap. Ye la… maunya tak berharap. Ktaorang punya la redah hujan bagai nak datang cni sampai bju sluar sume dah lencun, xkan senang2 nak berputus asa. Nasib baik tak sempat redah lautan dan daki gunung je. Memang petang minggu yang mencabar la. Dah penat cari sepanjang jalan, rehat kat bustop jap.
Kawan aku call member dia nak tanya pasal kedai nasi kukus.

Y : Eh, kedai nasi kukus yang kat bawah ni duk kat mana ye skarang?
Membe Y : bla…bla…bla…(aku tak dengar pe yang dia cakap)
Y : Owh, dia weekdays je eh, weekend xde eh. Aku rasa macam ada. Dah lama aku pun dah tak ingat.

Aku tetap cool bila mendengar mmbe aku tu cakap weekend tak da nasi kukus. Weekdays je yang ada. Aku sikit pun tak rasa nak marah or frust walaupun perut aku gile punye lapar. Dan aku sikit pun tak tersentap bila terpikir balik ktaorang redah hujan bagai tadi, nasib baik tak kena panah petir je, semata2 untuk mendengar ucapan ini. Hati aku rasa berbunga2. Kenapakah??? Hehehehe… aku tengok muka membe aku. Muka dia frust xyah citer la. hehehehee…sabaq cek no…

Sebelum blah dari bustop tu, aku sempat lagi snap2 gambar. Gambar ktaorg dan juga gambar tempat sweet itu sebagai kenangan abadi~ Semasa kat tempat parking moto, dialog tersebut berkumandang,

Y : Memang rezeki ko la untuk tengok tempat sweet ni. Kita datang cni arini semata2 untuk tengok tempat ni je.
Aku : Aah kan. Kalo la ko tau yang nasi kukus tu weekend tak da, mesti ko dah xnak datangkan. Dan aku pun mesti xberpeluang untuk tengok tempat sweet ni.
Y : Aah. Memang Allah dah tetapkan rezeki ko untuk tengok tempat ni.
Aku : Dah la. xyah la sedih2 tak dapat nasi kukus. Kita g makan kat kedai dekat umah aku je la eh.
Y : Aku ikut ko je la lepas ni nak g makan kt mana.
Y : Sebelum ni punya la duk cakap yang kes ke 3 takkan sama dengan kes 1 dan 2. Last2 sama jugak. Pergi makan kat tempat yang ada dinding dan meja. Memang Allah dah tentukan lah. Rancang punya rancang, last2 g makan kat tempat ada dinding ngn meja gak.

Seterusnya kitaorang bergerak pulang ketempat asal usul. Huhuhuu…masa perjalanan balik pun tetap hujan. Juga hujan sepanjang perjalanan balik. Sama dengan perjalanan datang awal2 tadi. Lencun dan kuyup lagi la ktaorg. Last2 makan kat singgalang, sangat2 dekat ngn umah aku. Meredah perjalanan pergi balik hampir sejam lebih, redah hujan bagai, last2 makan kat tempat paling dekat. Huhuhuhuuhu… ujian dan dugaan.
Walaupun aku berhujan dan meredah perjalanan yang agak jauh tetapi hasilnya tak da, aku tetap rasa berbunga2 sebab aku dapat tangkap gambar kat tempat ada bnda sweet tu untuk dijadikan kenangan yang abadi. Sampailah pada satu ketika, disebabkan kegatalan tangan aku, godek punya godek, teroka punya teroka, last2…






Uwaaaaaaaaaaaaa…. Sume gambar tadi telah terdelete. Hilang sudah kesemua gambar yang bakal dijadikan kenangan abadi itu. Hukhukhukhuk… aku sudah hilang mood. Semalam punyala smangat nak citer dalam blog sambil letak gambar tempat tersebut. Lastly, Allah dah tetapkan itu bukan rezeki aku. Hurrrmmmmm……

Tetiba rasa dah tak sweet. Ke sweet an aku sudah semakin hilang ker??? Kenapa benda2 yang sangat2 tak sweet ni boleh terjadi....*sigh* :|





Nota penghargaan:

Pe2 pun, sweet or tak sweet, aku berterima kasih kepada membe aku, Y, sebab sanggup melayan permintaan melampau aku neh. Sanggup bawa moto jauh2 sebab nak bawak aku g tempat yang ada benda sweet tersebut. Sesungguhnya kamu lagi sweet la pada ‘benda’ sweet itu~hehehe..bodek2~

2 comments:

y said...

fuhh...detail nyerr...huhu...nasib baek xmsuk psal persalinan...hehehe

bodek tu cm nk suh p lg jerk...erkk..huhu

Just Being Me... said...

hehehee...ho la.nnt keh kalu crito psal persalinan, ado ore maroh plop.hahahahhaaa...

kalu nk g lagi pn buleh.buleh ambk smula gmbr tu...ehehehhee...=p