CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 31, 2010

Aku yang sweet dengan pengalaman yang entah pape~

Lepas isyak tadi aku nak balik amik baju kat umah sewa. Masa tengah menuruni bukit tetiba moto aku rasa goyang2 sket. Kompem takde angin. Tapi nasib baik angin tak kurang banyak sangat. Still bole gerak sampai stesen minyak. Tetiba je teringat peristiwa 4-5 bulan yang lepas. Pengalaman tayar moto aku pancit di malam hari.

Di sebuah stesen minyak Shell

Nape pam angin kat Shell lain wehh...tak sama dengan pam angin kat petronas. Kat Shell pam dia jenis yang digital dan dalam unit apa ntah. Pcs kot. Aku dah blurr kat depan pam angin tu. Aku tengok kat nombor tu. 22pcs(unit dia aku tak ingat. Tapi rsanya pcs). Gulp!!macam mna ni. Biasanya kalo aku isi kat petronas 200 (tapi xtau dlm unit pe).

Tetiba aku terpikir. Baik aku tunggu orang depan aku tu. Nanti bila dia dah blah, aku guna je la yang dia punya. Mesti dia dah setkan jumlah angin kat pam tu. eheheheee…bijakkan aku?? Aku xmau tanya orang bukan sebab aku bodoh sombong ok. Tapi untuk keselamatan. Ye la kan. Masa tu dah pukul 11 lebih. Kalo aku tunjuk jakun sangat, nanti orang amik kesempatan lak atas ketaktahuan aku di malam hari neh. So, baik aku berlagak pandai. =)

Tengah aku duk syok berlagak pandai tetiba mamat yang tengah duk isi angin kat depan aku tu pandang. Aku buat muka berlagak sket. Konon2 macam takde pape la kan. Tetiba dia tanya,

Orang_xDikenali: pam tu xleh guna ke?

Aku : *Tengah duk pkir nak jawab apa sambil buat muka bijak*

Aku : Bole kot. Ermmm…angin ni kalo nak isi 200 eh??

Orang_xDikenali : Aah…200. *sambil pandang aku*

Aku : *Terus pegi kat pam angin tu. Dengan muka penuh bijak pandai aku pun tekan button ‘+’ dengan penuh bersemangat. Masa tu jumlah angin yang terpapar kat pam tu 22. Bayangkanlah banyak mana aku nak kena tekan button ‘+’ untuk cukupkan 200. Aku tekan…tekan…tekan…dengan muka maintain bijak. Tettt…tettt…tettt…tettt…bunyi dia tiap kali aku tekan button ‘+’ *

Orang_xDikenali : *Muka heran dan terkejut sampai stop isi angin moto dia. Mesti dia pikir aku mereng sebab duk pulun tekan button ‘+’ dengan bersungguh2. Terus dia bangun dan datang kat aku*

Aku : *Pandang muka orang_xDikenali yang kat sbelah aku sambil tangan terus tekan*

Orang_xDikenali : Eh, salah ni. dia 22 je.

Aku : Tadi encik kata 200??

Orang_xDikenali : Memang la 200 tapi ni unit lain.

Aku : *Hah?? Salah???? Punya la aku duk maintain muka bijak pandai. Mesti dalam hati dia gelak sakan kat aku. Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!*

Aku : Ooooo yeke. Biasa kalo saya isi kat petronas 200. Saya tak biasa lak isi guna pam macam ni. *huhuhu…still nak cover untuk tutup malu*

Orang_xDikenali : *tolong isikan angin kat tayar moto aku*

Orang_xDikenali : Dah bocor ni. angin pun dah xnak masuk.

Aku : *Mula gelabah bila pkir aku nak balik macam mana. Takkan nak kena tolak moto kot. Hilang la sweet aku*

Orang_xDikenali : Awak duk kat mana?

Aku : Kat taman tenaga.

Orang_xDikenali : Oooo…dekat je. Abis tu bole bawak tak moto ni??

Aku : hurmm…tak tau la. tadi pun dah goyang sangat2.

Orang_xDikenali : Yela. Memang dah takde angin langsung ni. Time macam ni workshop pun dah tutup.

Aku : *buat muka macam kena dera ngan mak tiri sambil otak duk berpkir*

Orang_xDikenali : Macam ni la, awak letak je la moto awak kat umah saya. Umah saya blakang stesen minyak ni je. Boleh??

Aku : *Letak umah dia?? Means aku kena ikut g umah dia la??? Erkkk… bahaya neh. Tak bole…tak bole…sambil hati geleng2 dengan laju*

Orang_xDikenali : Macam mana?? Nak tak??

Aku : Errrr… takpe la encik. Time kasih. *Jawab dengan penuh sopan santun*

Orang_xDikenali : Habis tu macam mana?? Umah saya dekat je. Blakang ni je. Workshop pn ada kat c2. Tapi skarang dah tutup la. Kalo awak nak, tinggal la moto ni kat umah saya dulu. Nanti esok bole hantar g workshop terus. Tu pun kalo awak nak la.

Aku : *Diam.Pandang sekeliling stesen minyak sambil berpikir macam mana nak tolak*

Orang_xDikenali : Saya sbenarnya nak g keje ni. Tak bole lama2 kat sini.*Tengok jam sambil menunggu jawapan aku*

Aku : *aiii…guna psychology nampak. Ni salah satu tektik untuk menggesa mangsa agar terdesak untuk membuat keputusan. Tapi aku tetap cool dan maintain bijak*

Aku : Kalo macam tu takpe la. Encik g la keje nanti lewat lak.

Orang_xDikenali : Eh saya takpe je. Awak tu macam mana. Takkan nak duk sorang2 kat sini??

Aku : *takpe pulak…Tadi kata xleh duk lama2 nak kena g keje. Hati aku bermonolog~*

Orang_xDikenali : Awak letak la moto kat umah saya. Kunci la sume moto awak kalo takut hilang. Lagipun saya keje kat jpj S******* tu je.

Aku : *Mau je aku cakap ngan dia… bab takut moto hilang tu nom.2 la… yang paling utama aku takut kalo ko kidnap aku macam mna?? Habis la aku. dah la aku ni sweet. Tapi aku hanya cakap dalam hati je la. orang sweet macam aku mana bole cakap dengan gaya yang tak sopan pada orang yang nak menolong*

Orang_xDikenali : Macam mana?? ok??

Aku : *Diam sambil cuba mengingati sesuatu. Ermmmm…masa aku nak kuar dari bilik spupu aku tadi aku dah baca ayat Kursi. Pastu bila langkah kaki keluar dari pintu bilik dia aku dah baca bismillahi tawakkaltu a’lallah. So di saat2 macam ni aku bertawakkal sepenuhnya kepada Yang Maha Mengetahui setiap apa yang ada dilangit dan dibumi*

Aku : mmm…bole la…

Aku pun g la letak moto kat umah dia. Pastu dia hantar aku balik umah. Keesokan paginya lepas dia habis keje aku g amik moto aku kat umah dia. Dia teman aku g hantar moto kat workshop dan tunggu sampai semuanya settle. Alhamdulillah aku tidak dipertemukan dengan orang yang salah. Tapi selepas kejadian tu aku agak fobia dengan tayar moto~




Sesi Tazkirah :

Antara kelebihan membaca ayat kursi,

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad saw. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

9 comments:

Acik As said...

alhamdulillah mujur takder ape2 kan...

tak tersangkut ker ngan orang xdikenali tuh??? xD

mana tau itu pertemuan jodoh korang...sweet tak?? XD

jap2...dia lelaki ker?? ;P

Just Being Me... said...

hahahaaa...pe la acik neh. dop tersangkut pn~dop g mandi bunga lg...:p

sminggu lepas tu ore ada la jmpa dia utk blnja mkn sbgai terima kasih.tp ore bwk spupu ore skali utk temankan.


aah dia tu laki. nape??acik nak kerrr???eheeeeeeeeeeee.....

Acik As said...

mandi perfume pun boleh gak...mandi detol lagi bersih...x)

ececeh...belanjer makan jer???

taknak ler saya...nanti cik abe sayer marahhh...xD

Just Being Me... said...

uikk...blanjer mkn je la kot. nak blnjer gpo lg~


eeheeee...dgar kta pgawai penjara dah bagi warning psal cik abe tuuu~~ (*_^)

BeYuti said...

hahaha...dede la mu nih...poyo jah lebih...alhamdulillah jmpe ngn org baik...hmmm...ak rajim gok abis minyak motor mati tgh jalan...nasib baek ade hero dtg tolong...hehe

Acik As said...
This comment has been removed by the author.
Acik As said...

a'ah kena warning da...

nak belajar ke nak main...

saya nak dua-dua...

huhuhu...

X(

Just Being Me... said...

yuti : aku poyo yg sweet laa...hahaha..weh, pah mu xblanja ko hero tu mkn nasi kukus?? =D

Acik : eheheee...kalu nk dua2, kena la seiring dan sejalan yea~jgn berat sbelah...=)

BeYuti said...

aha..bukan stakat blanjo, nok ucap thanks pun tok de weh...sapa jah petronas, dio suh ak check dlu tp ak tgh blurr2 mase tu wat bodoh jer(letih + tgh mlm doh time tu,kul 11 lebih) terus g byr duit minyak, lpas ak byr duit minyak, tgk2 dio blah doh...xkae ak nok melaung pggl dio yg makin jauh tu...hukhuk...smoge dio mendapat balasan yg baik la..hehe