Lepas isyak tadi aku nak balik amik baju kat umah sewa. Masa tengah menuruni bukit tetiba moto aku rasa goyang2 sket. Kompem takde angin. Tapi nasib baik angin tak kurang banyak sangat. Still bole gerak sampai stesen minyak. Tetiba je teringat peristiwa 4-5 bulan yang lepas. Pengalaman tayar moto aku pancit di malam hari.
Di sebuah stesen minyak Shell
Nape pam angin kat Shell lain wehh...tak sama dengan pam angin kat petronas. Kat Shell pam dia jenis yang digital dan dalam unit apa ntah. Pcs kot. Aku dah blurr kat depan pam angin tu. Aku tengok kat nombor tu. 22pcs(unit dia aku tak ingat. Tapi rsanya pcs). Gulp!!macam mna ni. Biasanya kalo aku isi kat petronas 200 (tapi xtau dlm unit pe).
Tetiba aku terpikir. Baik aku tunggu orang depan aku tu. Nanti bila dia dah blah, aku guna je la yang dia punya. Mesti dia dah setkan jumlah angin kat pam tu. eheheheee…bijakkan aku?? Aku xmau tanya orang bukan sebab aku bodoh sombong ok. Tapi untuk keselamatan. Ye la kan. Masa tu dah pukul 11 lebih. Kalo aku tunjuk jakun sangat, nanti orang amik kesempatan lak atas ketaktahuan aku di malam hari neh. So, baik aku berlagak pandai. =)
Tengah aku duk syok berlagak pandai tetiba mamat yang tengah duk isi angin kat depan aku tu pandang. Aku buat muka berlagak sket. Konon2 macam takde pape la kan. Tetiba dia tanya,
Orang_xDikenali: pam tu xleh guna ke?
Aku : *Tengah duk pkir nak jawab apa sambil buat muka bijak*
Aku : Bole kot. Ermmm…angin ni kalo nak isi 200 eh??
Orang_xDikenali : Aah…200. *sambil pandang aku*
Aku : *Terus pegi kat pam angin tu. Dengan muka penuh bijak pandai aku pun tekan button ‘+’ dengan penuh bersemangat. Masa tu jumlah angin yang terpapar kat pam tu 22. Bayangkanlah banyak mana aku nak kena tekan button ‘+’ untuk cukupkan 200. Aku tekan…tekan…tekan…dengan muka maintain bijak. Tettt…tettt…tettt…tettt…bunyi dia tiap kali aku tekan button ‘+’ *
Orang_xDikenali : *Muka heran dan terkejut sampai stop isi angin moto dia. Mesti dia pikir aku mereng sebab duk pulun tekan button ‘+’ dengan bersungguh2. Terus dia bangun dan datang kat aku*
Aku : *Pandang muka orang_xDikenali yang kat sbelah aku sambil tangan terus tekan*
Orang_xDikenali : Eh, salah ni. dia 22 je.
Aku : Tadi encik kata 200??
Orang_xDikenali : Memang la 200 tapi ni unit lain.
Aku : *Hah?? Salah???? Punya la aku duk maintain muka bijak pandai. Mesti dalam hati dia gelak sakan kat aku. Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!*
Aku : Ooooo yeke. Biasa kalo saya isi kat petronas 200. Saya tak biasa lak isi guna pam macam ni. *huhuhu…still nak cover untuk tutup malu*
Orang_xDikenali : *tolong isikan angin kat tayar moto aku*
Orang_xDikenali : Dah bocor ni. angin pun dah xnak masuk.
Aku : *Mula gelabah bila pkir aku nak balik macam mana. Takkan nak kena tolak moto kot. Hilang la sweet aku*
Orang_xDikenali : Awak duk kat mana?
Aku : Kat taman tenaga.
Orang_xDikenali : Oooo…dekat je. Abis tu bole bawak tak moto ni??
Aku : hurmm…tak tau la. tadi pun dah goyang sangat2.
Orang_xDikenali : Yela. Memang dah takde angin langsung ni. Time macam ni workshop pun dah tutup.
Aku : *buat muka macam kena dera ngan mak tiri sambil otak duk berpkir*
Orang_xDikenali : Macam ni la, awak letak je la moto awak kat umah saya. Umah saya blakang stesen minyak ni je. Boleh??
Aku : *Letak umah dia?? Means aku kena ikut g umah dia la??? Erkkk… bahaya neh. Tak bole…tak bole…sambil hati geleng2 dengan laju*
Orang_xDikenali : Macam mana?? Nak tak??
Aku : Errrr… takpe la encik. Time kasih. *Jawab dengan penuh sopan santun*
Orang_xDikenali : Habis tu macam mana?? Umah saya dekat je. Blakang ni je. Workshop pn ada kat c2. Tapi skarang dah tutup la. Kalo awak nak, tinggal la moto ni kat umah saya dulu. Nanti esok bole hantar g workshop terus. Tu pun kalo awak nak la.
Aku : *Diam.Pandang sekeliling stesen minyak sambil berpikir macam mana nak tolak*
Orang_xDikenali : Saya sbenarnya nak g keje ni. Tak bole lama2 kat sini.*Tengok jam sambil menunggu jawapan aku*
Aku : *aiii…guna psychology nampak. Ni salah satu tektik untuk menggesa mangsa agar terdesak untuk membuat keputusan. Tapi aku tetap cool dan maintain bijak*
Aku : Kalo macam tu takpe la. Encik g la keje nanti lewat lak.
Orang_xDikenali : Eh saya takpe je. Awak tu macam mana. Takkan nak duk sorang2 kat sini??
Aku : *takpe pulak…Tadi kata xleh duk lama2 nak kena g keje. Hati aku bermonolog~*
Orang_xDikenali : Awak letak la moto kat umah saya. Kunci la sume moto awak kalo takut hilang. Lagipun saya keje kat jpj S******* tu je.
Aku : *Mau je aku cakap ngan dia… bab takut moto hilang tu nom.2 la… yang paling utama aku takut kalo ko kidnap aku macam mna?? Habis la aku. dah la aku ni sweet. Tapi aku hanya cakap dalam hati je la. orang sweet macam aku mana bole cakap dengan gaya yang tak sopan pada orang yang nak menolong*
Orang_xDikenali : Macam mana?? ok??
Aku : *Diam sambil cuba mengingati sesuatu. Ermmmm…masa aku nak kuar dari bilik spupu aku tadi aku dah baca ayat Kursi. Pastu bila langkah kaki keluar dari pintu bilik dia aku dah baca bismillahi tawakkaltu a’lallah. So di saat2 macam ni aku bertawakkal sepenuhnya kepada Yang Maha Mengetahui setiap apa yang ada dilangit dan dibumi*
Aku : mmm…bole la…
Aku pun g la letak moto kat umah dia. Pastu dia hantar aku balik umah. Keesokan paginya lepas dia habis keje aku g amik moto aku kat umah dia. Dia teman aku g hantar moto kat workshop dan tunggu sampai semuanya settle. Alhamdulillah aku tidak dipertemukan dengan orang yang salah. Tapi selepas kejadian tu aku agak fobia dengan tayar moto~
Sesi Tazkirah :
Antara kelebihan membaca ayat kursi,
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad saw. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Wednesday, March 31, 2010
Aku yang sweet dengan pengalaman yang entah pape~
Posted by Just Being Me... at 3:51 AM 9 comments
Tuesday, March 30, 2010
Pesta Buku Antarabangsa 2010
Bermula 19-28 March 2010 hari tu, di PWTC berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa 2010. Pada hari keenam baru aku berkesempatan untuk g sana. Aku g hari rabu. Saje pilih weekdays sebab kalo g weekend takut sesak. Tapi time weekdays ramai budak skolah lak. Aiihhh…
Mula2 sampai, booth yang aku cari ialah PTS, Telaga Biru dan Galeri Ilmu. Aku singgah kat booth PTS dulu. Best beli buku dekat PTS sebab kalo bawa kad matrik, dapat less 30%. Banyak tuuu… dah amik banyak buku pun tak sampai seratus hinggit lagi. Dah puas melawat booth PTS, g booth Telaga Biru lak. Dekat Telaga Biru takde less tapi banyak buku yang best2. Rambang mata dibuatnya. Last skali baru g kat booth Galeri Ilmu. Susah betol nak jumpa booth Galeri Ilmu. Sampaikan kena bertanya dua kali baru jumpa.
Buku-buku yang aku beli di Pesta Buku Antabangsa 2010
PTS
Ni percuma buka yang dapat kat PTS
Telaga Biru
Galeri Ilmu
Buku Sambil Menderma
Penat nak bawak buku2 ni sume. Disebabkan tersangatlah penat + panas yang terik sampaikan aku tersilap naik komuter ke port klang masa nak balik. Sedar2 dah ada kat angkasapuri. Terpaksa la turun dan tunggu tren yang seterusnya. Tersangatlah buang masa...=(
Posted by Just Being Me... at 11:08 PM 0 comments
Mandi Bunga Part 2
Lepas aku sembang ngan member1 pasal mandi bunga, aku g bilik W ngan R.
Aku : Eh R, tadi saya jumpa ngan member1.
R : Owh… dia macam mana skrang??
Aku : Macam tu la. Duk study kat upm skrang.
R : Oooo… lama dah tak jumpa dia.
Aku : Tadi kan ktaorang sembang pasal mandi bunga. Membe1 tu suh saya g mandi bunga. Mana eh nak cari tempat untuk mandi bunga?
R : Entah la. Dekat spa takde lak eh untuk mandi bunga.
W : Eh mandi bunga?? Best tu. Saya pun nak mandi bunga jugak la. Jom la.
Aku : Woiii…awak tu nak mandi bunga watpe. Dah nak kawin kot.
W : Alaa… bole je untuk naikkan seri.
Aku : Tapi mana nak cari tempat untuk mandi bunga tu?
W : Eh xpe la. Kita wat mandi bunga sdiri pun bole.
Aku : haa ye la tu. Abis tu awak nak letak bunga ape kat dalam tu??
W : Dia tak kisah kan. Asalkan tujuh jenis bunga. Bunga tu senang je nak cari. Kat kedai banyak jual.
Aku : Banyak la awak punya tak kisah. Tak kan nak main campak je kot bunga kat dalam tu.
W : Kita letak la bunga ros ke, pastu cari la bunga lain lagi.
Aku : Bunga lain…bunga lain…bunga apa?? Bunga raya??
W : Eh awak jangan main2 tau ngan bunga raya. Bunga kebangsaan tu.
Aku : Aah ye la sangat. Letak bunga raya, bunga atas kubur, bunga keling, bunga matahari, bunga taik ayam…letak sume. Pastu serinya entah kemana.
W : Takpe2. Nanti saya search kat tenet. Mesti dia ada cakap guna bunga apa. Pastu kita g cari la bunganya.
Aku : Dia tak leh wat sdiri la weh. Mana leh nak mandi sdiri.
W : Takleh ke?? Kalo takleh mandikan diri sdiri takpe la. Saya mandikan awak. Awak mandikan saya. So, takde la mandikan diri sdiri. Hahahhahaaaaa….
Aku : Hahahahhaaaaa… Banyak la awak. Tak bole la. Dia ada baca2 jugak kat dalam air tu. Kita mne tau nak baca apa.
W : Owh dia kena baca ke?? Baca apa?
R : Aah… dia ada baca doa2 jugak la. Mana bole main mandi je.
W : Haaa…kita suruh la R yang bacakan
Aku : xmao la. Nanti entah apa2 yang di bacanya. Ehehehee…makin ilang serinya.
Aiiihhhhhhh…. Mandi bunga punya pasal kecoh satu bilik~
Posted by Just Being Me... at 10:59 PM 2 comments
Mandi Bunga Part 1
Kes satu :
Aku : Nape ye bila ada orang nak approach aku dan aku pun mula-mula rasa suka sngt2 kat orang tu. Tapi bila lama-lama aku rasa benci kat dia. Rasa nyampah gile2. Asik nak marah je. Even kalo dia hantar msg tanya khabar je pun aku rasa dah nak marah sangat2. Aku pun tak tau nape ngan aku ni. Benda ni bukan dibuat2. Perasaan marah tu datang ngn tiba2. Aiihhhh…bila la aku nak kawin kalo camni. (Dengan panjang lebarnya aku luahkan kat mmber aku)
Membe1 : owh… ko ni dah kes berat. Kalo aku tak da la sampai benci kat orang. Juz tak boleh nak terima je and aku akan cakap awal2 yang aku tak boleh terima kat orang tu. Tapi tak da la duk benci orang tu.
Aku : ermmm… tu la. Aku pun tak tau nape. Pastu aku nak orang tu ada ciri2 macam ********. Aku nak orang tu jadi macam ********. Huhuhu…memang parah la. Member aku siap suh aku g mandi bunga lagi. Hahahhaaa…
Membe1: Aah…aku pun rasa ko kena mandi bunga. g la mandi bunga. Buang benda2 lepas.
Aku : hahhahaaaa…macam kelakar lak. Nak g mandi bunga kat mana.
Membe1 : Eh betol la. Macam akak aku. Dia berpisah ngan suami dia. Pastu dia tak boleh nak terima orang lain. So, g mandi bunga la. Buang benda2 yang dah lepas tu. Lepas tu baru ok.
Kes dua :
Membe2 : Mak cik saya yang Dr tu, dulu umo dia dah 30 baru kawin. Orang kata dia terkena buatan orang. Nenek saya bawa g mandi bunga. Lepas dua bulan Alhamdulillah sampai jodoh dia. Dr yang satu tempat keje ngan dia masuk meminang. Skarang dah ada anak 3 orang.
Hurrrmmmm….jadi perlukah aku mandi bunga??? Penat la nak pikir~
Posted by Just Being Me... at 10:55 PM 0 comments
Tuesday, March 23, 2010
Kejadian 'paling' Sweet telah menjadi ....
Pada entry yang lepas aku ada mention tentang dua orang member yang telah belanja aku. Proses untuk belanja itu berlaku dengan sangat senang dan smooth. Untuk yang member 1, dia msg je tanya bila aku free, aku bagitau aku free pada sekian-sekian, set time, terus jadi. Untuk kes dengan member 2 jugak sama. Aku g bilik dia malam tu. Dia cakap meh la esok aku blnja ko. Set2 masa sume, terus jadi. Proses untuk pergi dengan dua orang membe yang nak belanja aku tu pun tak banyak halangan. Start moto, gerak terus sampai tempat yang nak di tuju.
Tapi bila aku nak belanja orang. Lain pulak jadinya. Banyak betul cabaran dan halangan. Peristiwa yang aku anggap sangat sweet pada mulanya berakhir dengan benda yang sangat2 tidak sweet sampaikan aku dah hilang mood nak citer dalam blog ni. Dah tak teruja.
Aku : bokbek..bokbek…duk bercerita. Tetiba kuar pasal satu topic.
Aku : weh, ko tau tak bnda sweet tu duk kat ***** ******* skarang.
Y : owh yeke. Tempat aku dulu tu. Masa aku keje dulu aku duk c2 la. Nasi kukus kt c2 besttt.
Aku : ye ke weh. Huhuhu…nape ko xcakap awal2.
………………………………………
Y : Nanti jangan lupa belanja aku…
Aku : Nanti duit GRA aku masuk la aku blanja ye. Nasi kukus nak???
Y : Nasi kukus…hehehe..ada makna tu..beress..masuk nanti roger aku..
………………………………………
Y : Nasi kukus dituntut. Masih menanti saatnya. Hahahaha…
Aku : Bole2. Bila ko nak bawak aku g c2?
Y : Petang ahad ni ok?
Aku : Ok. Nak g ngan pe?
Y : Ngan moto la. Nanti aku roger k.
……………………………………………
Kitaorang janji nak g ari ahad, lepas asar. Membe aku kata dalam kol 5 dia gerak dari umah dia. Aku sangat2 hepi sebabnya fist, aku leh tengok tempat yang ada benda sweet and second, sambil tengok2 tempat sweet, aku leh kenyangkan perut aku dengan nasi kukus…weeeeeeeeeEEEE…. Hepi ok!!
Membe aku gerak dari upm kol 5 lebih. Dalam kol 5:20 sampai kat kawasan umah aku. tuppp…tupp… hujaannnnnnNNNNN….awan gelap xyah duk cakap la. Bincang punya bincang, ktaorg decide nak redah je. Maybe kat kawasan umah aku je kot yang hujan..huhu…masih mau sedapkan hati…
Membe aku kuarkan baju hujan dia. Dia pakai. Jalan tak sampai 100m, hujan makin lebat. Pastu aku suh brenti kat umah aku dulu. Tunggu bagi dia reda sket baru jalan. Dalam kol 6:40 ptg, hujan mulai renyai2. Dengan semangat yang membara, ktaorg kuar untuk meredahnya. Semangat nasi kukus tu~ tapi aku semangat dengan tempat sweet~~ehehehe…
Redah punya redah, sepanjang jalan tu memang hujan tak brenti2. Sepanjang perjalanan lebih kurang 45min, sepanjang 45min tu la kami bermandikan air hujan. Keinginan punya pasal, walaupun baju habis basah, dengan sluar, kasut, beg sume lencun, tapi senyuman tetap terukir dengan lebarnya. Memang kerja gila. Ntah aku kena rasuk ngan apa ntah aritu. Kawan aku siap cakap lagi, ini adalah pengalaman paling sweet. Hahahahaaa…kamu sangat sporting la memenuhi keinginan aku~ Dugaan betol. Biasala, Allah takkan berikan kita sesuatu tanpa kta usaha…kan…kan??
Sampai2 je sana, dah maghrib. Parking moto, g cari surau. Sambil2 nak cari surau,
Y : Hah, tengok la puas2. Ni la tempat benda sweet tu ada.
Y : Ha…ni la blok aku duduk dulu. Benda sweet tu duk blok mana??
Aku : Blok *, level ** (ecececeee…nasib baik aku tak bagi alamat lengkap…ehehehe…)
Sampai je kat surau, pintu yang sebelah prempuan tu xleh nak buka. Dikunci dari dalam. Terkial2 n terkinja2 ktaorg kat luar duk usaha nak buka pintu tu. Last2 masa jemaah lelaki dah start solat, ktaorg masuk ikut pintu depan. Bila masuk, aku try la nak buka pintu tu. Nanti senang ktaorg nak kuar. Xyah la lalu ikut pintu depan yang sememangnya berada di sebelah kawasan lelaki. Aku ingatkan hanya tombol pintu je yang lock, skali siap atas bwah sume ada selak. Adoyaiii…surau diselak bagai nak rak. Lepas solat maghrib, snap2 gambar kat dalam surau. Kononnya sebagai kenangan la. kenangan disurau tempat sweet… Kuar je dari surau,
Y : Kalo benda sweet tu masih lagi baik macam dulu, mesti dah boleh jumpa dia kat surau ni.
Aku : Sebab aku tak da la dia jadi tak baik tu. Hahahahhaaaa…
Perutku dah berdondang sayang. Kami jalan dengan penuh pengharapan untuk mencari nasi kukus. Tengok kat tempat dia biasa berniaga, kosong. Tak puas hati. g tengok kat seberang jalan. Cari di sepanjang jalan. Tetap tidak ada. Harapan dah makin pudar. Tapi masih terus berharap. Ye la… maunya tak berharap. Ktaorang punya la redah hujan bagai nak datang cni sampai bju sluar sume dah lencun, xkan senang2 nak berputus asa. Nasib baik tak sempat redah lautan dan daki gunung je. Memang petang minggu yang mencabar la. Dah penat cari sepanjang jalan, rehat kat bustop jap.
Kawan aku call member dia nak tanya pasal kedai nasi kukus.
Y : Eh, kedai nasi kukus yang kat bawah ni duk kat mana ye skarang?
Membe Y : bla…bla…bla…(aku tak dengar pe yang dia cakap)
Y : Owh, dia weekdays je eh, weekend xde eh. Aku rasa macam ada. Dah lama aku pun dah tak ingat.
Aku tetap cool bila mendengar mmbe aku tu cakap weekend tak da nasi kukus. Weekdays je yang ada. Aku sikit pun tak rasa nak marah or frust walaupun perut aku gile punye lapar. Dan aku sikit pun tak tersentap bila terpikir balik ktaorang redah hujan bagai tadi, nasib baik tak kena panah petir je, semata2 untuk mendengar ucapan ini. Hati aku rasa berbunga2. Kenapakah??? Hehehehe… aku tengok muka membe aku. Muka dia frust xyah citer la. hehehehee…sabaq cek no…
Sebelum blah dari bustop tu, aku sempat lagi snap2 gambar. Gambar ktaorg dan juga gambar tempat sweet itu sebagai kenangan abadi~ Semasa kat tempat parking moto, dialog tersebut berkumandang,
Y : Memang rezeki ko la untuk tengok tempat sweet ni. Kita datang cni arini semata2 untuk tengok tempat ni je.
Aku : Aah kan. Kalo la ko tau yang nasi kukus tu weekend tak da, mesti ko dah xnak datangkan. Dan aku pun mesti xberpeluang untuk tengok tempat sweet ni.
Y : Aah. Memang Allah dah tetapkan rezeki ko untuk tengok tempat ni.
Aku : Dah la. xyah la sedih2 tak dapat nasi kukus. Kita g makan kat kedai dekat umah aku je la eh.
Y : Aku ikut ko je la lepas ni nak g makan kt mana.
Y : Sebelum ni punya la duk cakap yang kes ke 3 takkan sama dengan kes 1 dan 2. Last2 sama jugak. Pergi makan kat tempat yang ada dinding dan meja. Memang Allah dah tentukan lah. Rancang punya rancang, last2 g makan kat tempat ada dinding ngn meja gak.
Seterusnya kitaorang bergerak pulang ketempat asal usul. Huhuhuu…masa perjalanan balik pun tetap hujan. Juga hujan sepanjang perjalanan balik. Sama dengan perjalanan datang awal2 tadi. Lencun dan kuyup lagi la ktaorg. Last2 makan kat singgalang, sangat2 dekat ngn umah aku. Meredah perjalanan pergi balik hampir sejam lebih, redah hujan bagai, last2 makan kat tempat paling dekat. Huhuhuhuuhu… ujian dan dugaan.
Walaupun aku berhujan dan meredah perjalanan yang agak jauh tetapi hasilnya tak da, aku tetap rasa berbunga2 sebab aku dapat tangkap gambar kat tempat ada bnda sweet tu untuk dijadikan kenangan yang abadi. Sampailah pada satu ketika, disebabkan kegatalan tangan aku, godek punya godek, teroka punya teroka, last2…
Uwaaaaaaaaaaaaa…. Sume gambar tadi telah terdelete. Hilang sudah kesemua gambar yang bakal dijadikan kenangan abadi itu. Hukhukhukhuk… aku sudah hilang mood. Semalam punyala smangat nak citer dalam blog sambil letak gambar tempat tersebut. Lastly, Allah dah tetapkan itu bukan rezeki aku. Hurrrmmmmm……
Tetiba rasa dah tak sweet. Ke sweet an aku sudah semakin hilang ker??? Kenapa benda2 yang sangat2 tak sweet ni boleh terjadi....*sigh* :|
Nota penghargaan:
Pe2 pun, sweet or tak sweet, aku berterima kasih kepada membe aku, Y, sebab sanggup melayan permintaan melampau aku neh. Sanggup bawa moto jauh2 sebab nak bawak aku g tempat yang ada benda sweet tersebut. Sesungguhnya kamu lagi sweet la pada ‘benda’ sweet itu~hehehe..bodek2~
Posted by Just Being Me... at 5:27 AM 2 comments
Lelaki oh Lelaki...kadang2 kamu sangat menyakitkan hati!!!
Pernahkah kamu jumpa lelaki yang muka sangat2 tebal dan sangat2 innocent?? Setelah dia lukai hati kamu, dia hadir kembali dalam hidup kamu tanpa rasa bersalah, meminta diberi peluang untuk kali kedua. Demi menunjukkan kesungguhannya, dia telah melamar kamu untuk dijadikan suri hidupnya. Melihat kesungguhannya kamu memberi peluang kedua dan menerima dia kembali dalam hidup kamu, dan kamu juga bersetuju untuk menjadi suri hidupnya. Setelah peluang kedua diberikan, untuk kesekian kalinya hati kamu disakiti dan dikecewakan lagi. Bla...bla...bla...dia terangkan sebab2 dia bertindak begitu yang kamu rasakan itu hanyalah 1001 alasan semata2. Mendengar alasannya, membuatkan kamu terpikir. Adakah dia terlalu bodoh kerana memberikan alasan sedemikian. Tidakkah dia telah pikir semua perkara2 tersebut sebelum dia melamar kamu. Ya...itu hanya lah alasan bodoh semata2. Alasan untuk melepaskan diri dan menunjukkan dirinya tidak bersalah. Oohhh lelaki...tolonglah jangan buat muka innocent. Adakah kamu pikir kamu sangat cute dan sweet dengan memberikan alasan innocent yang amat!!!
Akhirnya, dengan sikap yang giler punya pentingkan diri, si innocent tadi memberitahu kamu yang sebenarnya dia juga ada calon lain. Dia juga sudah melamar calon yang dia rasa sangat2 perfect dan sangat2 masuk dengan jiwa dia. Hai si innocent, kamu pkir kamu siapa dan adakah kamu rasa diri kamu sudah cukup hebat untuk mempermaikan perasaan orang sesuka hati kamu??? Tapi takpe, kamu mesti tahukan yang dunia ini berbentuk sphere.
Setelah sekian lama, tetiba kamu mendapat tahu hubungan dia dengan calon lain dia itu tidak menjadi. Pada ketika itu kamu meminta maaf pada diri sendiri sebab kamu tidak boleh berhenti daripada tersenyum dan berasa gembira. Pada ketika itu juga kamu rasakan yang kamu ingin ucapkan pada dia...hai si innocent, sesungguhnya karma itu wujud dan ianya sangatlah indah...dan sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu makbul??Tahukah kamu??Mesti kamu tahu kan...kan...???
Setelah kamu hampir2 melupakan dia, si-muka-tebal-dan-pentingkan-diri-sendiri ini kembali menghubungi kamu. Untuk apakah??? Adakah sebab frust hubungan dengan calon lainnya itu tidak menjadi, dia kembali mencari kamu??? Pada saat2 ini kamu begitu berharap diberi satu kuasa magic yang membolehkan kamu baca kepala otak dia. Tetapi itu hanya wujud dalam kisah dongeng semata2. Kamu tidak mahu lagi terus bermimpi dengan mimpi2 indah persis sebuah cerita dongeng cinderella dimana muncul si pari2 untuk menolong kamu.
Kamu pikirkan dia menghubungi kamu kerana ingin meminta maaf dan menyatakan penyesalan kerana perbuatannya. Dan tunjukkan rasa malu kepada kamu kerana telah menyakiti hati kamu berlipat ganda. Tetapi sekali lagi kamu terkejut. Sungguh tidak kamu sangka dan tidak pernah kamu bayangkan yang muka dia betol2 tersangatlah tebal. Dengan slamber dan cool, seolah2 tidak pernah berlaku apa2 antara kamu, tanpa kata2 maaf, tanpa kata2 penyesalan, dia bertegur sapa dengan kamu dengan sangat ramah. Siap bertanya khabar bagai. Bila kamu tanya kenapa dia menghubungi kamu, ada benda penting ke...untuk kesekian kalinya kamu terkejut lagi. Sesungguhnya dia memang makhluk yang tak paham bahasa. Masih menjawab dengan slamber dan sangat innocent. Kemudian siap cakap lagi kepada kamu supaya mendoakan dia berjaya dalam kehidupan. Apakah??? Ketahuilah, kamu langsung tidak cool dan tidak comel bila bersikap innocent yang amat sebegitu.
Jadi anda2 sekalian, pernahkah anda jumpa dengan lelaki sebegini??? Aku?? jangan ditanya sebab aku tidak akan pernah menjawabnya...
sekian entry yang agak beremosi!!
Nota paling bawah:
Kisah ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. Tapi kalo ada lelaki yang nak terasa, silalah terasa diam2 n senyap2. Muhasabah diri banyak2. Jangan nak kecoh2 kat aku.
Posted by Just Being Me... at 1:44 AM 8 comments
Tuesday, March 16, 2010
Orang sweet macam aku memang murah rezeki…
Perkara diatas dirujuk. <--- ala2 nak buat surat rasmi untuk subjek BM
Warning!!!
Entry pada kali ini diibaratkan masuk bakul angkat sendiri. Kepada sesiapa yang rasa pening-pening dan ada penyakit ‘morning sickness’, sila cari pintu exit dan jangan muntah di blog aku.
Beberapa bukti orang sweet macam aku murah rezeki~
Kisah aku yang sweet part 1 >> Aku dan membe_1...
Dua minggu lepas membe_1 blanja aku makan sebab dia kata aku dah banyak tolong dia. Bila aku kata tak nak sebab aku tolong ikhlas, dia kata tak boleh. Mak dia yang sruh blanja aku. Mak dia dah siap masukkan duit lebih untuk blanja aku. So, itu amanah dari mak dia… huhuhu…terharu aku dengar ayat tu. Siap mak dia yang sruh blnja aku tu... terasa betapa sweetnya aku pada pandangan mata mak dia. Ahahahaaakkk… Disebabkan itu adalah amanah dari mak dia, aku terima je la dengan perut yang terbuka…hehehehe…
Kisah aku yang sweet part 2 : Aku dan membe_2
Weekend aritu budak ni blanja aku. Dah la blanja aku, pastu cakap aku sweet pulak tu… hahahahhaaaaa… tapi sesungguhnya aku memang sweet pun~~. Thanx kepada yang memuji. (riak dan takabbur jap). Mesti aku lagi sweet dari Dracula jambu ala2 irwanshah ko tu kan???...:D
Kisah aku yang sweet part 3 : Aku dan membe_3
Kali ni aku yang bakal blanja orang. Weekend ni kalo takde pe2 aral, aku kena blanja budak neh… Owh ye, jangan nak perasan ye… kamu bakal dibelanjakan (betol ke ayat ni??) bukan sebab kamu sweet. Tapi sebab berdekatan dengan tempat yang akan aku belanja kamu itu ada sesuatu yang sweet untuk aku teropong…hahahahhahaaa… sweet kan aku??blanja kawan sebab aku nak skodeng ‘benda’ yang sweet…
Fakta tapak kaki yang menarik.
Banyak persamaan antara Kisah aku yang sweet part 1 ngn part 2 :
i. Dua2 orang yang blanja aku neh, kena aku yang jemput. Hahahahahhahaaaaaaa….=p
ii. Dua2 blanja makan kat tempat yang sama. ~tempatnya tak boleh dinyatakan disini. Nnt aku kena boikot n brainwash~ ehehehee…
iii. Bukan stakat tempat je yang sama, tetapi juga duduk di meja yang sama. Tepi dinding. (^_^)
Untuk kisah aku yang sweet part 3, tak boleh nak story lagi ada persamaan ke tak sebab benda ni belum lagi berlaku ketika entry ini ditulis.
Sekian. Salam sweet dari aku~
Posted by Just Being Me... at 3:02 AM 10 comments
Sunday, March 7, 2010
Gurauan apakah ini???...kisah benar yang menyayat hati…
Tarikh kejadian : 6/03/2010
Waktu kejadian : 5:30 a.m
Aku tengah sibuk duk belek-belek buku rujukan matematik KBSR. Nanti kol 9 pagi aku nak kena g ngajar tuisyen untuk budak darjah 6 kat MPI. So, buat preparation la sket. Cari soalan yang bagus-bagus untuk kasi budak tu buat nanti. Dah siap cari ala kadar, tetiba mata aku rasa ngantuk. Naik atas katil. Bersedia untuk tido. Set alarm jap kat henset. Tengok jam dah pukul 5 pagi. Batalkan niat untuk tido. Dah nak subuh. Nanti kang kalo aku tido time neh, takut tak tersedar lak nak bangun smayang subuh.
Turun dari katil. Duduk atas kerusi kat meja study. Untuk mengisi masa terluang, try jawab soalan yang aku dah pilih untuk bagi kat budak tu nanti. Terkusyuk lak duk jawab soalan tu. Ye la…soalan budak darjah 6. Memang la syok buat. Lancar je proses mengira. Xda ‘error’ pape pun. Tu yang syok. (Try kalo ko suh aku jawab soalan dalam buku discreate math yang Dr. Malik ajar dulu tu. Mau nye meroyan pepagi buta neh...)
Tengah layannn soalan math tu tetiba……
Allahuakbar…. Allahuakbar…
Terdengar orang azan… eh…aku kenal suara neh… minggu lepas masa budak2 dari skolah mana ntah yang datang buat program kat kolej neh, dia ni la yang azan masa solat maghrib tuh… (aku ingat sebab masa dia melaungkan azan aritu, cara dia macam cover2 sket…mungkin sebab ada bebudak skolah kot…siyess aku tak tipu…)
Pagi ni cara dia melaungkan azan kedengaran agak lemah sket… suara macam baru bangun tido…
Aku tengok jam kat laptop aku.5:30 a.m. Owwhh… skarang subuh dah awal la (hati aku bermonolog…). Biasanya kol 6 lebih baru dengar bunyi azan. Aku sangat peka dengan bunyi azan sebab blok aku sbelah surau je. Tingkap bilik aku lak ngadap surau. Jadi azan yang berkumandang akan sangat jelas kedengaran di telinga aku.
Aku buka langsir tingkap aku. Pandang surau. Nampak lampu dalam surau dah terpasang. Cerah. Aku keluar dari bilik nak g toilet. Sunyi sepi level aku. Diaorang tak bangun lagi kot. Masa aku kecik2 dulu orang kata kalo dah azan subuh, hantu2 n jembalang2 sume dah balik umah. Jadi aku berjalan ke toilet dengan penuh berani dan gagah perkasa. Sampai kat toilet buang apa yang nak dibuang pastu amik wudhu’. Aku sorang2 je kat toilet. Tapi aku tak takut. Hantu kan dah balik umah~
Dah selesai smayang subuh, aku naik atas katil. Golek2 dalam selimut. Sejuk. Baru sparuh roh aku kuar dari jasad tetibaaaaaaaaaaaa……
Allahuakbar…. Allahuakbar…..(azan yang kuat dan penuh bersemangat)
Aaaiiikkkkkkkk?????? Aku rasa macam baru je lepas smayang subuh tadi. Roh pun rasa macam tak keluar sepenuhnya lagi dari jasad. Dah Zohor ke???
Aku tengok jam kat henset. 6:10 am… Jam kat tangan lak. Jarum pendek kat nom.6, jarum panjang kat nom.2… Tak puas hati lagi. Bangun lak tengok jam kat laptop. 6:07 AM.
Bukak Art Diary aku. Terpampang kat muka surat depan “WAKTU SOLAT W.PERSEKUTUAN & PUTRAJAYA TAHUN 1431-1432 H / 2010 M”. Tengok kat tarik 6 Mac ---> subuh ---> 6.07.
ArrrgggggggghhhhHHHHHHHHHH!!!!!!!!!! Gurauan apakah ini????
Yang kol 5.30pg tu ko azan apa??? Azan nak kejut untuk solat tahajjud ker??? Ke azan menandakan dah masuk waktu imsak??? Tak pernah dibuat orang!!!
Mamai punya budak...(-_^)
Tetiba aku terpikir. Masa aku g toilet kol 5.30 tadi tu, agak2 hantu btol2 dah balik umah ke ha? Agak2 dia terpengaruh tak dengan azan si budak mamai tadi tu? errrrRRRrrr???? (@_*)
~bergerak ke toilet amik wudhu’ buat kali ke-2 untuk pagi ini…sekian!! ~
Posted by Just Being Me... at 2:29 AM 5 comments