CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 23, 2008

Kisah Bunga Dan Rama-rama

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.



Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.




Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya. Kemudian dia berfikir :

Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh bunga yang cantik.




Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.



Moral of the story :
  • Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan Betul!!
  • Cara Allah sentiasa cara terbaik, walaupun pada pandangan mata anda kelihatan semuanya salah.
  • Jika anda memohon sesuatu dan menerima sesuatu yang lain dari Allah, PERCAYALAH...pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
  • Apa yang anda pinta... tidak semestinya apa yang anda perlukan!
  • Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, terus berdoa tanpa ragu dan mengeluh.
  • Duri hari ini... adalah bunga hari esok!
  • Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.


Kasih mimiey~~


3 comments:

Anonymous said...

Sungguh perangcangan Allah itu sangat halus dimana ia tak dapat dicapai oleh akal manusia. Oleh itu kita pasti akan bersyukur suatu hari nanti dengan masalah yang menyedihkan sekarang. *smile*

Just Being Me... said...

iye..ciptaan Allah sungguh indah..kadg2 dia menyembunyikan matahari dan mendatangkan hujan, semata-mata untuk memberikan kita sebuah pelangi yang indah selepas hujan~~Maha Suci Allah~~

Anonymous said...

Allahuakbar!!