CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 23, 2008

Sweet Seventeen Part I

Untuk sweet seventeen Part I ni, aku nak citer psal skol aku dan cikgu2 aku time aku form 5...kiranya sweet seventeen Part I ni, special dedication utk cikgu2 aku larr~~

Masa ni tahun 2003, aku form 5.. masa permulaan persekolahan dibuka, aku agak ‘murung’ sket..biasa r..masa cuti akhir tahun sblm masuk form 5 tu, mcm2 penyakit datang ‘menziarahi’ aku. Walaupun dia tetamu yang tak diundang, nak tak nak, kena la terima gak kehadiran tetamu yang bernama ‘penyakit’ neh...aiihh..ialarr..xbaik xlayan tetamu..ehehhee...so, masa cuti tu, org lain sibuk duk ulangkaji balik silibus masa form4 yang xsempat dicover, aku lak duk ulang alik p klinik..bley dikatakan klinik yang terletak di kota bharu dan berhampiran umah aku tu~aku da kunjungi..tp alhamdulillah...masa start persekolahan tu, tetamu2 ku yg tak diundang da beransur2 ‘balik’...=)

Erm...ni aku nak citer kisah aku masa form 5...seingat aku, masa form 5 neh, xda perkara dajal sngt yg aku n da geng buat...xmcm tahun2 sblm neh..ehehehe..(geng2 aku mesti tau kan~~). Standard r...thn ni kan ktaorg akan ada peperangan besar. ‘perang’ SPM..uhuhu..cuak2!! masa depan ni beb...kalo kantoi PMR bley diterima lagi..tp kalo kantoi SPM, jwbnya..di dapur la ‘menara gading’ ku~~=( prinsip aku...main2 gak, tp jangan smpai musnah masa depan...

Tahun 2003 neh aku suka...suka sngt2...sebabnya masa ni da tukar pengetua baru. Bila pengetua da tukar, sistem pentadbiran pn bertukar la...ehehhe..dua benda yg mmg dak2 skol aku xske, telah dimansuhkan. 1st...tahun 2003 xda perkhemahan perdana (da xda paksaan utk p berkhemah..yea22!!)...pastu 2nd lak, borderless class dimansuhkan gak...jd xyah la ktaorg slalu berkejar2 setiap kali pertukaran subjek...bley duk static jer kt satu klas..iyela..kalo difikir2kan, ada logik gak dia mansuhkan..bayangkanlah..tiap2 kali pertukaran subjek, ktaorg kena cepat2 kuar dan berkejar2 utk ke klas seterusnya...ianya amatlah ‘xmesra alam’.. nak2 utk org mcm aku neh..org len kuar berkejar2 ke klas seterusnya.aku lak, kuar n berkejar2 gak...tp ke tmpat lain larr...ke kantin kerr...ke surau kerr..xpun plg2 kurang aku kuar n berkejar2 blk umah...ahahhaaaaakkk...

Masa mula2 masuk form 5, azam aku nak blajar btol2...xmao main2 lg da~~ehehhee...tp hangat2 taik ayam jer larr...bukan apa...aku mmg xleh elak drp tdo dlm klas...nak2 kalo klas sejarah...aku rasa mcm aku diberikan ubat bius..mmg xleh tahan..(uhuhuh...mintak ampun cikgu~)..tp cikgu sejarah aku neh menakutkan sket..suka soal dlm klas..pastu slalu duk suruh wat nota.. aku mmg part2 tulis nota ni mlas sket... iye la.. tulis xikhlas, xmasuk dlm otak gak.. masa aku form 4 dlu, cikgu ni gak yg ngajar aku.. aku n kwn2 tersyg~~ slalu jer kena duk luar kelas tepi longkang smpai la nota ktaorg siap... kdg2 kalo mood dia baik.. xyah duk tepi longkang.. masuk bawah meja jer... hehehe...ini semua memberikan sebuah kenangan terindah dikotak memoriku untuk dikenang dihari mendatang...=) tp watever pn.. aku tetap syg cikgu neh sb dia xda la duk tengking2... sebaliknya mempersilakan ktaorg duk luar klas dgn senyuman smpai ke telinga...

Tp ada satu klas yg aku suka... klas kimia... mmg xkan tdo lar dlm klas nih.. cikgu dia.. mak aiii.. sporting gler.. ktaorg pnggil dia KJ.. mmg best la dia.. sempoiii jerr... pastu cara dia ajar pn menarik dan membuatkan kta lebih berminat utk mengetahui dgn lebih mendalam... ialah, kalo xpndai ngajar masakan bleh dapat anugerah guru cemerlang... smpaikan aku rasa, subjek yg mula2 aku target utk skor masa spm nnt, ialah subjek kimia.. KJ ni mesra alam sket.. kdg2 kalo ktaorg duk lpak2 kat kantin, dia dtg dan ‘bersedekah’ sket duit dia kt ktaorg.. suruh kongsi2.. pastu kdg2, time nk blk, bole tmpang keta dia kalo umah sejalan ngn umah dia.. pndek kata, dia mmg sporting larr...

Tapi kdg2 aku rasa tugas cikgu ni susah gak.. bkn senang nak jadi cikgu.. nak hndle student yg 1001 mcm ragam, tu xtermasuk kerenah mak bapak lg... silap marah sket, mesti ada la mak bapak yg dtg skol.. pastu nk kena pikir cara membelajaran yg menarik agar student berminat nk bljar... plg2 kurang pn, biarlah student berminat utk msuk klas... ermmm... hanya seseorang yang tabah sahaja yg boleh jadi cikgu...

kdg2 kesian tgk cikgu, kalo student tu dpt result gempak dlm exam..diaorg akan ckap, ‘dia org berjaya sb tusyen tiap2 ujung minggu...pastu ada lak yang ckap, diaorg leh dpt result gempak sb slalu duk wat latihan kt umah...’(xda sebut pn nama cikgu...kalo ada pn, nama cikgu tu akan disebut last skali~)...tp kalo dapat result xelok, nama cikgu la yg mula2 skali diaorg sebut...ayat standard student yg dpt result xelok... ‘ni cikgu la yg xreti ngajar..ak xpham apa yg cikgu ngajar,sb tu result teruk...’ dan mcm2 lg larr...aiihhh...cikgu jugak yg kena..kesian cikgu~~~bagai lilin membakar diri utk menerangi orang lain...tp selepas diri da habis terbakar dan orang da dpt bekalan elektrik, lilin dilupakan~~uhuhuuh...sabar je la cikgu...=(

Kepada adik2 ku, hargailah cikgu2 anda..kerana dia lah pembuka jalan untuk kejayaan kita yang akan datang..tanpa dia..kte xkan merasa untuk ke menara gading...dia la org yang mula2 melentur kita sebelum kita dpt merasai hasilnya...


Moral of the story :

  • Hargailah jasa cikgu anda..walaupun anda xsuka cara dia ngajar skali pn, jgn la duk ‘kutuk dan mengata dia’...nnt ilmu tu xberkat..
  • Hargailah cikgu anda..cikgu tidak mengharapkan hadiah yang mahal2, cukuplah sekadar ucapan terima kasih yg tulus dari hati...
  • Buatlah cikgu anda tersenyum...mesti ‘mood’ dia akan sentiasa ok~
  • Kepada sesiapa yang ingin menjadi cikgu, tebalkanlah kesabaran anda dan didiklah anak bangsa dengan iklas bukan mengharapkan gaji semata2...bayangkanlah betapa bayaknya ganjaran yang akan anda dapat di akhirat kelak seandainya pelajar yang diajar itu mengamalkan ilmu tersebut dan menjadi insan yang bertaqwa...

Sekian la citer sweet seventeen part I. ..To be continue dgn sweet seventeen part II~~

p/s: kepada cikgu-cikgu ku, since aku tadika smpai la skrg...jutaan terima kasih kerana telah mendidikku dan menjadikan aku seadanya seperti hari ini...special wish utk cikgu2 smipian...da lma xg smip...windunyerrr~~=(


Kasih Mimiey~

Kisah Bunga Dan Rama-rama

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama.



Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat.




Lelaki ini sedih, tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya. Kemudian dia berfikir :

Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.

Selepas satu tempoh, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu, tumbuh bunga yang cantik.




Dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.



Moral of the story :
  • Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan Betul!!
  • Cara Allah sentiasa cara terbaik, walaupun pada pandangan mata anda kelihatan semuanya salah.
  • Jika anda memohon sesuatu dan menerima sesuatu yang lain dari Allah, PERCAYALAH...pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.
  • Apa yang anda pinta... tidak semestinya apa yang anda perlukan!
  • Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan, terus berdoa tanpa ragu dan mengeluh.
  • Duri hari ini... adalah bunga hari esok!
  • Allah mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.


Kasih mimiey~~


Tuesday, October 21, 2008

Kesedihan Ini Mengajarku Sesuatu~

Assalamualaikum w.b.t...


19 oktober 2008,hari ahad, aku g upm utk menghadiri majlis konvo my bespren since matrik..ehehe..dia nih rum8 aku msa matrik..byak la duk wat keje2 yg tak berfaedah ngn dia tym mlm2...ahahaaak...tp skrg ktaorg da lain~msing2 da brubah...xda duk main2 da~standard r..da bsar n da matured~~ehehehe...=)

Masa g majlis konvo dia~teringat masa aku konvo 9 ogos 2008 hari tu~pn hari ahad gak. Tetiba aku terpikirkan sesuatu..ada sesutu yang menyentuh hati ak..to my ex-rum8...izinkan aku memulakan cerita eh.kalo ada kesilapan disetiap kata2, harap diampunkan larr~~

Bila aku tengok my bespren ni, tetiba aku rasa sayu dan insaf jer~ iye la...walaupun kedua orang tua dia da xda, tp dia still cekal dan bole berjaya. Masa dia konvo tu, abg dan sepupu dia ada dtg, tp aku dapat rasa, feel dia mesti lain..di saat orang lain bergembira dengan mak ayah, bergambar sana sini, dia hanya dgn abg dan spupu dia jer..

My wish, if benda ni yang menimpa aku, aku bole jadi setabah dan seteguh dia.. so, kepada sesapa yang still ada mak ayah, hargailah mak ayah anda sebelum mereka pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Gembirakanlah mereka dengan kejayaan kita dan jangan sekali-kali menyusahkan dan wat mreka sedey~ucapkanlah kata-kata sayang kpd mak ayah mulai sekarang sebelum terlambat..

Erm..walaupun aku rasa sedey, tp sekurang-kurangnya...Kesedihan Ini Mengajarku Sesuatu~~to my ex-rum8 tu...gud luck in wateva u do..smoga berjaya amik master...my prays always for u~~



Kasih Mimiey~