CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 3, 2008

Love and Bus

Tahu x, cinta sebenarnya sama spt seseorg yg menunggu bas. Bila bas 2 dtg, kita tengok bas 2 dan kata pd diri,“Eee… penuhnya… xde tempat duduk.” Jadi, kita katakan pd diri kita, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Kita pun biarkan bas tu berlalu dan kita tunggu plak bas yg lain. Kemudian, dtg plak bas yg ke2. Kita tengok bas 2 dan kita akan cakap,“Eee… bas ni buruk sgt… mesti x selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tgh jln.” Jadi, kita pun biarkan bas buruk 2 berlalu dan kita bercadang utk tunggu bas yg seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg dtg tu kosong, x penuh dan x seburuk bas yg tadi tapi kali ini kita kata,“Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi kita biarkan bas tu berlalu dan kita bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba2 awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru kita perasan yg kita pula dah terlambat rupanya. Kita mula panik dan terus naik bas yg dtg ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah kita sedar bahawa… kita dah naik bas yg salah.

Jadi, selama ni kita dah membazir byk msa dan wang utk menunggu apa yg kita nak. Walaupun yg dtg tu adalah bas yg berair-cond, adakah kita dpt pastikan bahawa bas 2 xkan rosak di tgh jln atau mungkin bas tu xterlalu sejuk utk kita?Jd, (terutamanya golongan perempuan, lelaki pun samalah) mengingini apa yg kita idamkan tu mmg xslh. Tp, x slh jg kalau anda sanggup memberi satu peluang pd org lain,kan?

Sekiranya kita dapati “bas” itu tak sesuai dgn kita, apa yg perlu kita lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas 2. Tp…pasti kita semua tentu ada pengalaman yg camni. Kita nampak sebuah bas dtg (tentulah bas yg kita nanti2 kan), kita tahan bas tu tp pemandu bas 2 plak buat xfaham dan pura2 buat xnampak kita dan terus berlalu tinggalkan kita! Hahahaha… . Bila ada bas yg lalu melintasi aku cam2, apa yg aku lakukan ialah BERJALAN!Bodoh sebenarnya utk mengejar bas 2 sebab setiap kali, kita akan terjatuh dan menyakiti diri kita sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada kita nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri kita. Dan bila kita berjalan, kita sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!



Kasih Mimiey~~